Kedai Romantika

30 September 2011












all pics credit to redmummy


Dari dulu sampai skang, sy tak pernah jemu gi kedai ni. Kalo stress pon, tempat ni lah jadi hala tuju. Bleh jamu mata tengok barang2 hiasan yg cute. Kat sini jugak lah kadang2 tempat sy menghabiskan duet. Beli pinggan mangkuk. Beli hiasan bilik. kat sini kan jual barang ala2 English style gitu hehe. Dan harga2 kebanyakannye sgt luar luar biasa murah banding kat tempat lain. Kalo kat shah alam, selain Kedai Romantika yg terletak di PAS ni, kadang2 sy pegi jugak KK Home Deco kat SACC. Barang dia kebanyakannye design lebih kurang je tapi ada certain things yg tak sama. Kedai Romantika ni ada banyak cawangan. Tapi yg sy pernah pergi, yg kat Shah Alam ni dan yg kat Plaza Angsana, JB. Untuk org yg carik doorgift untuk kawin pon sesuai gi sini. Ada byk pilihan. Hehe



uhuk3..oh ofis daku~

29 September 2011



omg omg..

susahnye nak wat keje. 1 opis berhabuk. Keyboard ni pon dah penuh ngan habuk. Nak naip pon geli2 je nih. Sampai batuk2. Ade org wat renovation dlm opis ni. Ntah sampai bile la nk azab camni. huhu. Ye la, lobang hidung ni pon dah penuh ngan habuk je ni. huahuahua. Pastu blom lg ngan bunyi bising, bunyi drill machine tuh. Dia drill dr pagi smpi ke petang, Tadi nak call org pon kene nyorok bawah meja. Itu pon tak dengar sgt. arghh..

Nak Jadik Hulk Kejap bleh tak?

26 September 2011



Incredible Hulk pakai sluar kaler pepel tuh



ARGHHHH bertukaaaar jadik makhluk hijau yg besar gedabak.

ok tipu.

Sy sangat penat, sakit kepala dan stress hari ni. Rasa mcm nak hantuk kepale kat dinding opis ni je. Rasa mcm nak campak sume meja kat opis. Rasa mcm nak pecah kan sume barang.

Okeh cik mahfuzah binti safarudin. Bawak bersabar ye. Mcm lah tak biase buat banyak keje + kene marah ngan mr KA. Btol tak? =.='

Gembira Tapi Sedih..Uhuk2

15 September 2011

Ntah nape bleh tibe2 nak mandi sungai. So sy ajak la Mr. KA pegi Sg. Congkak Ahad lepas. Walaupun cuaca mendung je pagi tuh tapi kitorg tetap berkobar2 nak pegi. Bior lah walaupon blom mndi pon dah mmg sejuk. kui3. Plz jangan tanye sy mndi ke tak pagi tu kat umah seblom kuar. kekeke. So kejadian mandi manda tu berjalan dgn gembira2 tanpa mslh. Tapi bila dah nak balik tu, sy perasan kaki sy berdarah. Kat celah jari kaki. Dah lap2 dgn tuala pon still darah klua x benti. Aduhai..tak bestnye nak dating, jalan2 dgn kaki berdarah camni. Tak selesa btol lah.




Tapi kitorg TETAP teruskan plan awal. Lps mandi manda nak main bowling pulak. So kitorg straight away pegi Plaza Alam Sentral. Bila dah sampai sana, tiba2 baru je perasan. Nape lah jari ni rasa lain mcm je. Owh tidakkk~~ cincin kapel dah takde! Mesti dah tertanggal mase mandi sungai tadi. Sy dah cuak dah. Syg beb cincin emas tuuu. Kalo cincin biase takde lah rasa 'ralat' camni. Takut gak Mr. KA marah. Ye lah, cincin yg die belikan bleh hilang mcm tu je. Wuwuwu~ Tapi seb baik die tak marah.

Tapi takpe lah, nak buat camne dah takde rezeki. Pujuk diri sendiri. Huhu. Okeh stop right there. Hmm kitorg terus gerak ke tempat bowling. Dah siap2 bayar semua, tengok2 kasut bowling sy dah tertanggal dr tapak. Aduhai sedihnye..kasut tu dah berjasa kat sy dah bertahun2. Ntah bile plak ade rezeki nak beli kasut bowling baru nih. Hmm. Tapi sy tetap pakai kasut yg dah 'terkopak' tuh! hehe. Sebab baru terkopak sket je. Harap2 orang lain tak nampak. Kui3. Setiap kali slps baling bola sy mesti tunduk je. MALU takut org lain perasan kasut sy mcm tuh. Dengan 'tak selesa'nya main bowling time tuh, and that is the 1st time Mr. KA dapat kalahkan sy. Wuwuwu~ Sedih lagi. hehe. Kalah main bowling pon nak sedih2. Kecoh btol sy ni.

Then lepas main bowling, ayah sy asek dok call je. Dia bgtau anak sedara kawan die nak sewa apartment sy kat Puncak Alam. 1st year student Uitm tak dapat kolej. Banyak mende yg salah paham. Bila plak sy ckp tak payah deposit? Gilo ko opo nak bagi sewa tak yah deposit? Kang apa2 jadik kang, sapa nak bertanggungjawab? Hehe. Emo sekejap. Pastu siap mintak kurangkan sewa. Wah demand la pulak. Tapi takpe lah, mengenangkan anak sedara kawan ayah, malas lak nak ckp byk. Yg dahsatnye ingatkan nak tanya2 je. Rupa2nye terus masuk hari tu jugak! Diorg dah siap bawak barang. huhu. Haisshh org tgh duk sebuk dating. Ade plak org nak sewa umah. So sy terpaksa lah sruh ayah sy uruskan semua.

Kesimpulannya, sy hepi dapat dating ngan Mr. KA and spend time with him. Tapi byk lak dugaan yg datang. Sabor aje laaa~

Sapa lah yang buat sy naik hangin ni?

13 September 2011

Masa pagi2 nak masuk ofis, baru nak bukak pintu dah dengar bunyi tepon ofis nyanyi2. Sy apa lg kelam kabut la nak bukak pintu. Last2 bila angkat je tepon tu, die letak. huishhh sabar je lah. Then u know what? Bukan sekali. Sepanjang hari ni lebih 10 kali kot. Sampai skang ni jap2 bunyik tepon. Tp takde org jawab. Ingat ni tempat main2 ke? Hishh tensyen jek.



Panasnye mak oi..

08 September 2011

Ntah nape la aircond kat ofis ni panas lak hari ni. Orang pasang aircond nak rasa sejuk. Ni lagi panas. Berpeluh2 ni. Ketiak masham dah ni kot. hehe
Rasa nak balik umah je. Tak tahan ar nak wat keje camni.

T-Shirt Gajah Yang Kiut Miut

06 September 2011

Nak tengok T-shirt yang sy beli kat Thai baru2 ni?
Okeh sedia..jeng3


Nampak tak gajah yg kiut tuh? comey tak? comey tak? hihi. Beli kat padang besar je. Banyak kedai sy masuk nak carik T-shirt Thai yg cantik. Banyak yg ada biase2 je. Last2 masuk kedai yg ntah ke berape jumpa gak T-shirt yg lain dari lain. Comey je kartun gajah tuh. Harga dia murah je. RM 12. Kain dia tebal. Murah kan? wuu~

Byk lagi barang yg sy beli. Tapi malas lak nak tempek kat sini.


Ni la pulut mangga sy makan tu. Maybe antara korang yg dah pernah makan, tapi sy baru 1st time cuba. Sedap gak ek. hihi

Beraya Bersama Ikan Duyung

05 September 2011

Mesti korang pelik baca tajuk entry sy ni kan. Beraya dengan Ikan Duyung?
Hihi. Tak caya? Ni haa gambar dia.



Yelah2 bukan duyung btol2 pun. huhu. Korang tau tak kat mananye terletak Patung Ikan Duyung ni? Maybe ada yg dah tau, maybe ade yg tak tau. Statue ini terletak di Samila Beach, Songkhla di Thailand.




What? Thailand? Apa kejadahnye sy buat kat Thailand waktu raya cam gini. Ada sedara kat sana ke? Hihi. Takdelah. Semalam adalah hari pendaftaran adik sy di UniMap, Perlis. Makcik sy dah siap pesan awal2, supaya bawak passport. Senang nak jalan2. So kitorang gerak hari jumaat pagi dan sampai Perlis petang. Then keesokan harinya baru kitorang masuk Thailand. Mula2 ingat nak pergi Danok kat sempadan. Tibe2 tak jadik. Kitorang masuk ikut Padang Besar. Ingat nak pergi yg bahagian Thai je. Yelah nak shopping2. Last2 kitorang terus ke Hatyai. Tapi tak turun pun. Ehhh tengok2 terus ke Songkhla. haha. Buang masa dalam perjalanan je. Tak dapat shopping. Pastu singgah kat beach. Amik2 gambar sket pastu gerak balik ke Hat Yai. Makcik sy singgah beli pulut mangga. Boleh tahan la sedapnye. Baru 1st time makan.





Korang ingat Singapore je ade monumen yg keluar air? Macam Merlion? Haa kat sini pon ade tau. Tapi yg ni bukan singa. Tapi ni naga tau. kuang3.

Then sebelum balik, kitorang singgah di Padang Besar bahagian Thai. Dapat la shopping sket. Masa dah suntuk. Spend masa sekejap je kat situ. Esoknya ajak makcik pergi Padang Besar bahagian M'sia plak. Dapat la sambung shopping hihi.

Sy cakap dgn ayah sy. Apa yg paling penting yg sy dapat dari trip ke Thai ni? Cop Imigresen kat passport! haha. Bukti yg sy dah pergi Thai. Ye lah 1st time maaa. Sebelum ni asyik pergi Indonesia dengan Singapore je. Tapi u know what..Bila masuk Thai, sy tengok kiri tengok kanan, BLUR2 je. yelah, sebab tengok tulisan siam. Bukannye paham pon. Bak kate mak sy macam tulisan india. kuang3

Oke lah. panjang plak entri kali ni. Penat nak naip. hehe. Bye