Adoiii teruknye..

14 November 2011

Teruk..teruk..
Ape yang teruk? hari ni start keje kat tempat baru..
Tp bukan pasal tu yg teruk.. hihi
Dah brape hari batuk2..
Batuk teruk sgt2..
Rasa pekat benor kahak melekat..eeiii hehe
UHUK UHUK UHUK..

Sy tak nak kerja bleh tak..

02 November 2011

Sudah 4 tahun 4 bulan berlalu.
Minggu ni adalah minggu terakhir sy kerja di MR Technology Sdn Bhd.
Walaupon sy syg kerja sy tapi apakan daya.
Bukan kerana masalah kerja tapi masalah peribadi.
Sy cuba sedaya upaya utk meninggalkan tempat ini dengan baik.
Tapi situasi membuat sy semakin tertekan.
Dan bigbos pun mcm dah tak suka je.
Dia ade tegur tadi psl ni.
Sebab ada gangguan telefon.
Gangguan tersebut mengganggu hampir semua org disini.
Dan sebab itu lah sy terpaksa mengundur diri.
Sy malu.
Sy malu dengan tanggapan org lain terhadap sy.
Korg mungkin tak paham apa yg sy luahkan ini.
Tp takpe lah.
Sy sekadar meluahkan di blog sy ini.

Rasa nak duk umah je.
Tenangkan pikiran.
Tp apa bleh buat.
Rezeki perlu dicari.

Tidak lama lg bermula lah di tempat baru.
Semoga jiwa sy lebih tenang di sana.
Harap Allah kabulkan semua doa sy.
Amin.

Kerja Amal di NASAM

02 November 2011

Korang pernah wat kerja amal atau 'community service' tak?
Subjek yang sy ambil semester ni iaitu 'Personal Development' mewajibkan kami utk menganjurkan kerja amal. Setelah merancang, akhirnya kami mengambil keputusan utk membuat kerja amal di National Stroke Association of Malaysia (NASAM). Ini adalah tempat pesakit stroke utk melakukan sebarang aktiviti utk recover. Kami telah mengumpul dana bagi menyediakan makan tengahari dan goodie bag utk pesakit2 ini. Kerja amal tersebut diadakan pada 27hb Oktober. So terpaksa la sy amik cuti pada hari tersebut. Takpelah, lagipun semuanya berjalan dgn lancar.

Mengapa mesti terjadi begini ;(

02 November 2011

Sy sedang mengalami tekanan perasaan.
Mengapa lah selalu dimarahi walaupun sy tak buat kesalahan.
Mengapa lah sy selalu dituduh walaupun semuanya tak benar.
Sy tak yakin dengan kehidupan sy.
Sy tak yakin dengan diri sy.
Mungkin sy akan begini sampai bila2.
Mungkin sudah takdir sy begini.

Kisah bunga dan teddy bear konvo..

31 October 2011

Semalam ade sedikit rasa terharu. Sy dan Mr KA plan nak pegi KL, naik komuter dr Pdg Jawa. Tp sebelum tu gi singgah Petronas kat Seksyen 7 sebab nk withdraw duit sket. Masa otw tu kitorg nampak kat tepi2 jalan banyak booth yg jual bunga2 dan teddy bear. Baru teringat ade majlis konvo kat Uitm skang ni.


Mr KA: Nak ke?
Cik Mahfuzah: Ha? X payah la. Mengarut je. Tu kan utk bdk2 konvo.

Then dia tanya lg.

Mr KA: Ujaa, nak ke?
Cik Mahfuzah: Ha? Nak bagi uja ke ni? btol ke?
Mr KA: Boleh gak. Nak bunga ke teddy bear? kaler pink ke ungu?
Cik Mahfuzah: Yg ada 2-2 pon okeh. X kesah lah. Hehe (Senyum2 kambeng)

Then masa sy gi masuk utk withdraw duit, die pun pegi la jalan kaki ke booth2 tuh. X tau la mimpi ape plak tiba2 Mr KA nak bagi bunga. Dah la teddy bear yg style konvo plak tuh. Kelakar pon ade. Sy pon ckp la, pasni kalo konvo btol2 nak jambangan bunga yg lagi besaaarr ye? Hehehe



Tak konvo pon dapat bunga. ha ha lawak2

Wordless Wednesday

19 October 2011

Brooch Bunga2 yg Kiut Miut

17 October 2011

Jumaat lepas, parcel yg ditunggu2 telah tiba.
Sy ada purchase 7 brooch dari rozacrafts minggu lepas.



Then sy pinkan kat langsir sy dalam bilik. Ni lah hasilnya.....




14 October 2011

Lately Mr.KA selalu tegur kalau sy pagi tudung sengkat2. Then ada plak baca entri kat blogger lain ckp psl hal ni. Sy x la pakai sengkat2 sangat cuma boleh diperbaiki lg ;)
So hari ni dgn bangganye mari kite mulakan kempen pakai tudung yg lebih sopan yg maksudnye lebih labuh. Jom Jom







Krisis Identiti ke ni?

13 October 2011

Krisis identiti ke cik Mahfuzah ni? Cik Mahfuzah ni sebenarnye umur dah brape ek?
16 atau 26 tahun dah?

Ni nak cite. Seminggu dah cik Mahfuzah carik table lamp. Tapi x jumpa2 yg berkenan. Semalam baru jumpa. Kat TTDI jaya, kedai lampu deret Restoran Geylang. Kedai tu tak de banyak pilihan coz kedai baru renovate. So yg ade kat situ adalah beberape ketul. hihi.
Nak tgk table lamp yg cik Mahfuzah beli? Ni haa die..


Haa amik kau, Hello Kitty tuuuu. Sy letak atas almari baju. Comey tak? hihi.Mcm budak2 kan cik Mahfuzah ni.


Bilik cik Mahfuzah ni tema dia kaler pink. Tp tak sangka plak leh terbeli table lamp Hello Kitty ye tak. kui3..Ingat nak ON kan lampu Kitty ni masa amik gambar. Tp dah try, terang sgt. Nmpk cahaya je, tak nmpk lampu Kitty ni. Disebabkan almari ni tinggi, sy swuh apek kat kedai tu tukar wayar yg lagi panjang. Pastu tukar mentol energy saving. Total semua rm71. Puas hati la kot. Lagi2 tgk bilik ni dah bertambah comey dgn ke'pink2'an ni. ;p