Selamat Hari Raya Aidilfitri

29 August 2011

Pejam celik pejam celik dah nak habis bulan Ramadhan. Rasa cepat lak bulan yg mulia berlalu. Tapi tak sabar plak nak raya. hehe. Harap2 tahun dapat berjumpa Ramadhan sekali lg. Insyaallah.

Sy mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada semua bloggers dan pembaca blog ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

pantun khas untuk korang;

Dengan ini diambil kesempatan,
Sepuluh jari daku susunkan,
Maaf zahir batin diucapkan,
Selamat Hari Raya kawan2!

Susahnya edit blog..

26 August 2011

Sy tak pandai cam korang yg diluar sana yg hebat2 belaka dalam mengedit blog.ngee..
Semalam baru belajar buat header guna photoshop cs4. Berjam2 duk depan komputer. Sampai loya2 dan pening2 haha. Try itu try ni, last2 ni je la yang sy mampu buat masa skang ni. hehe.
Ye sy tau blog sy tak se'cantik' blog korang. wuwu..


i'm just a baby who still learning in editing. ahaks..

~$$$$$~

24 August 2011

Wah hari ni syok abes. Bigbos masuk opis. Bulan ni dapat gaji awal. Yeayea best. hehe.
Pastu dapat la siket duit raya. hihihi. (gaya gelak jahat). Agak2 nak sambung sopink raya ke tak ek? Emmm tak yah la kot. baik simpan je kan kan? Gaji tak banyak mana. So kene la berjimat cermat ye tak? Hehe poyo abes sy ni. Persiapan raya suma dah setel. Baju raya ada, kasut raya ada, tudung raya ada, henpon raya pon ada (perghh). Tinggal kueh raya je blom. Baru buat 1 jenis. kuang3


sekian.

Kek Batik yg Comot

24 August 2011

Semalam 1st time buat kek batik. Resipi cilok dari internet. Dengan semangat berkobar-kobar gi singgah Giant beli bahan-bahan. Siket je bahan dia. Al maklumlah Kek Batik adalah kek yang paling senang di dunia (yo ke?). Balik je keje sampai umah terus buat. Tak sempat tukar baju. Terus masuk dapur. hehe. Ni lah hasilnya.




..





..





..





..





..





..





..





kek batik yg comot sebab x reti potong elok2 hehe.


Resipi yang sy dapat dari internet tu OKAY lah. Tapi next time kalau buat nak alter siket. Rasa terlebih koko. Rasa terlebih kecokelatannya.


Bahan2 dari resipi original.


1 Bungkus Biskut Marie, 1/2 buku Butter, 2 Telur, 1 cawan serbuk koko, 1/2 cawan milo, 1 cawan air, 3/4 gula.


Tapi sy nak alter.


3/4 Bungkus Biskut Marie, 1/2 buku Butter, 2 Telur, 1/2 cawan serbuk koko, 1 cawan milo, 1 1/2 cawan air, 3/4 gula.



Cara dia senang je.


1. Masukkan koko, milo, air, gula ke dalam periuk. Kacau sampai larut.


2. Then masukkan butter. Kacau sampai sebati.


3. Masukkan telur. Kacau dalam 30 saat. Tutup api.


4. Masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan. Kacau sampai semua biskut diselaputi coklat.


5. Masukkan dalam loyang dan tekan2 untuk mampatkan.


6. Masukkan dalam peti ais.


7. Siap!! dah sejuk dan keras dah bleh potong dan mamam. hehe.


Buka puasa di Tasik Shah Alam

23 August 2011

Sabtu lps mr KA datang sini. Sebelum ni dia ckp bulan puasa tak datang, tp rindu punye pasal (wek2) dia datang jugak~~ hehe. So kitorg jalan2 sambil sopink utk raya. Then buka puasa kat tasik shah alam. Ingat nak bawak tikar so leh bersantai2 tp tikar takde lak. huhu. So duk je lah atas kerusi yg ade kat situ. Kitorg sampai dalam pkl 6.30 so tak ramai lg.




Pergh bukak puasa makan Kfc? hehehe. tu sy punye. Ngidam ayam Kfc =.='





sekian.


Seksanya..

11 August 2011

Tak laratnya bile demam, selsema, batuk n gastrik dtg menyerang sekali gus..di bulan posa plak tuh... ;(
dah 6 hari demam..smpi skang tak ok lg..uhuk3..
bkn sy sorg je..tapi 1 umah kene..bermula dgn ayah, adik, mak n last sy.. aduihh camne nk posa ni..

Mencintai seseorang...

04 August 2011

Sy jumpa ayat ni kat status FB kawan dan sy suka ;)

'' Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintai dia setulus hati''.

Sy ke yg sial?

03 August 2011

hari ni banyak btol perkataan 'Sial' kat henpon..
aduhai..dugaan di bulan puasa..
dah lah mr P baru je dtg..saket btol tak tertanggung..
emosi bertambah tak stabil hari ni..

Selesai sudah tugas sy..

02 August 2011

Hmm penat gak meniaga ni ek..
Padahal jual2 barang kat online je..hehe
Yang penatnye nak bungkus dan nganto kat pejabat pos..
ye la..kotaknya besor2 huhu..
Setakat ni je la yg sy mampu..
Lepas ni mr KA yg uruskan..
Lg pon die dok komplen cara sy..hmm siap die~ hehe







Membaca Al-Quran..

02 August 2011

Aduyai..
Disebabkan rasa tak larat je nak pegi solat tarawih..
Pe kata rajin2kan diri baca al-Quran..
Mane tau dapat khatam sebelom habes puasa ke kan..
Meh kita..meh kita..

Fadhilat solat tarawih..

Saje nak sharing ngan korang.. ;)

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-


Malam; Kelebihannya

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3 Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya
7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20 Di beri pahala para syuhada dan salihen
21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25 Di hapuskan dari seksaan kubur.
26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Sehari sebelum puasa..

01 August 2011

Apa korang buat sehari sebelum puasa ek..?
cer cite..cer cite..
Sy semalam buat aktiviti2 yang kemungkinan besar tak akan buat masa bulan ramadhan ni..
Semalam ngedate ngan mr KA..
Pagi2 semalam pegi Plaza Alam Sentral..main bowling..
kalo dah puasa nanti x larat kot nak main..
Disebabkan sy menang, sy mintak hadiah kemenangan..hehe gedikk tol..sy mintak bunga, beli kat kedai romantika. bunga tipu2 je..bleh buat hiasan dlm bilik..

Pastu dengan kerajinannye..dari PAS, kitorg jln kaki ke PKNS dan SACC..dengan harapan nak carik tudung utk raya ni..hehe awal gile kan..tp x jumpe yg berkenan pun..selain tu gi survey2 kedai emas..coppp bukan utk event2 ape2 ye..jangan salah sangka..saje2 nak tukar cincin kapel..beli yg murah je..hehe

Then dah petang tu gerak gi JJ Bukit Tinggi nak tengok movie..cite Captain America..
Tak lupe mintak mr KA beli kek coklat cheese kat Secret Recipe..mr KA plak nak mkn donut Big Apple..takut nanti puasa mengidam plak haha..Pas tgk movie bleh plak menyinggah kat kedai Padini..sambar 2 pasang kasut vincci.. satu utk mak, satu utk sy..kira kasut raya lar..haha. mr KA plak sibuk2 mengelongkar kat bahagian seluar..almaklumlah..tgh sale..semuanya main timbun2 je huhu..last2 jumpe gak yg die minat..

Masa bulan ramadhan ni..sy kene duk umah molek2..mr KA x dapat dtg sini so xleh ngedate..perghh lame tu huhu..nak wat cane..dah die kje jauh sgt..
Tp kalo nak soppink raya kene kuar jugak kan? wajib tuh!! :P